MUHAMMAD PESURUH ALLAHBAB 11

JANGAN TENGGELAM DI DALAM KEADAAN SEDANG MEMPERKATAKAN SESUATU YANG TIDAK DILAKUKAN...

Tahu tentang ilmu hakikat dan makrifat (tauhid) tetapi tidak melakukan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid...

Akan menjadikan seseorang itu akan beranggapan atau sedang menyangka ilmu yang telah dan sedang diketahui itulah yang merupakan pegangan atau iktiqad dan tauhid tanpa melakukan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid

Sedangkan melakukan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid adalah satu daripada perintah Allah yang perlu dilakukan sendiri oleh setiap individu

Firman Allah
17.Surah Al-'Isrā' ayat 41
‎وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.

Memperkatakan ilmu tentang tauhid tetapi tidak melakukan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid adalah satu keadaan di mana sedang memperkatakan sesuatu yang tidak dilakukan

Allah memberikan penjelasan seperti di dalam firmanNya, Memperkatakan sesuatu yang tidak dilakukan adalah menjadi tempat bagi syaitan untuk turun...

Firman Allah

SYAITAN SELALU TURUN KEPADA MEREKA YANG MEMPERKATAKAN APA YANG MEREKA TIDAK MELAKUKAN (BERDUSTA)

26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 221
‎هَلْ أُنَبِّئُكُمْ عَلَىٰ مَن تَنَزَّلُ الشَّيَاطِينُ

Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun?

26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 222
‎تَنَزَّلُ عَلَىٰ كُلِّ أَفَّاكٍ أَثِيمٍ

Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa,

26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 223
‎يُلْقُونَ السَّمْعَ وَأَكْثَرُهُمْ كَاذِبُونَ

Yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh Syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta.

26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 224
‎وَالشُّعَرَاءُ يَتَّبِعُهُمُ الْغَاوُونَ

Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat - tidak berketentuan hala.

26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 225
‎أَلَمْ تَرَ أَنَّهُمْ فِي كُلِّ وَادٍ يَهِيمُونَ

Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)?

26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 226
‎وَأَنَّهُمْ يَقُولُونَ مَا لَا يَفْعَلُونَ

Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?

26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 227
‎إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَذَكَرُوا اللَّهَ كَثِيرًا وَانتَصَرُوا مِن بَعْدِ مَا ظُلِمُواۗ وَسَيَعْلَمُ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَيَّ مُنقَلَبٍ يَنقَلِبُونَ

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.

JANGAN KATAKAN APA YANG TIDAK DILAKUKAN KERANA ALLAH TELAH PUN MEMBERIKAN PERINGATANNYA

61.Surah Aş-Şaf ayat 1
‎سَبَّحَ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِۖ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

61.Surah Aş-Şaf ayat 2
‎يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!

61.Surah Aş-Şaf ayat 3
‎كَبُرَ مَقْتًا عِندَ اللَّهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ

Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

WALAUPUN MEMPERKATAKAN SESUATU YANG TIDAK DILAKUKAN TELAH MENJADI TEMPAT UNTUK SYAITAN SELALU TURUN TETAPI MEREKA PULA MENYANGKA MEREKA ADALAH ORANG YANG MENDAPAT HIDAYAH

KEADAAN INI TELAH DITERANGKAN SEPERTIMANA DI DALAM FIRMAN ALLAH

43.Surah Az-Zukhruf ayat 36

Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.

43.Surah Az-Zukhruf ayat 37

Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

43.Surah Az-Zukhruf ayat 38

Sehingga apabila ia (yang terjerumus dalam kesesatan itu) datang kepada Kami (pada hari kiamat), berkatalah ia (kepada Syaitannya): "Alangkah baiknya (kalau di dunia dahulu ada sekatan yang memisahkan) antaraku denganmu sejauh timur dengan barat! Kerana (engkau) adalah sejahat-jahat teman".

43.Surah Az-Zukhruf ayat 39

(Lalu dikatakan kepada mereka): "Pada hari ini, setelah nyata bahawa kamu telah menganiaya diri sendiri, (maka apa yang kamu cita-citakan itu) tidak sekali-kali akan memberi faedah kepada kamu, kerana sesungguhnya kamu dan teman-teman kamu itu tetap menderita bersama-sama di dalam azab".

43.Surah Az-Zukhruf ayat 40

Maka (mengapa engkau berdukacita wahai Muhammad) adakah engkau berkuasa menjadikan orang-orang yang pekak mendengar, atau menunjuk jalan kepada orang-orang yang buta (mata hatinya), dan juga orang-orang yang berada dalam kesesatan yang nyata?

43.Surah Az-Zukhruf ayat 41

Oleh itu (bertenanglah engkau, kerana) kalaulah Kami wafatkan engkau (sebelum Kami perlihatkan kepadamu azab yang akan menimpa mereka), maka sesungguhnya Kami tetap menyeksakan mereka.

43.Surah Az-Zukhruf ayat 42

Atau sekiranya Kami (hendak) memperlihatkan kepadamu apa yang Kami janjikan kepada mereka (dari azab seksa itu), maka Kami tetap berkuasa terhadap mereka.

43.Surah Az-Zukhruf ayat 43

Dengan yang demikian, berpegang teguhlah engkau kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus.

43.Surah Az-Zukhruf ayat 44

Dan sesungguhnya Al-Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan).

7.Surah Al-'A`rāf ayat 29

Katakanlah: "Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan solat, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya).

7.Surah Al-'A`rāf ayat 30

Sebahagian (dari umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan Syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. Serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada dalam petunjuk hidayah.

Oleh Adnan Al-Yani
MUHAMMAD PESURUH ALLAH • Adnan Al-Yani